PRU15: Kerajaan lemah pelaksanaan Islam, korupsi perlu ditukar – Hadi

0
2

KERAJAAN yang lemah dalam pelaksanaan Islam sehingga berleluasanya jenayah korupsi perlu ditukar, kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, menurut Ibn Khaldun kerajaan juga mempunyai jangka hayat seperti mana manusia.

“Apabila tamat jangka hayat sesuatu kerajaan kerana lemahnya pelaksanaan Islam dan berleluasanya korupsi, maka kerajaan itu mesti ditukar.

“Demikian yang berlaku pada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah selama lebih 60 tahun. Adapun, semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah pula terlalu banyak kes salah laku yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpinnya,” katanya menerusi Facebook.

Justeru, Abdul Hadi mengingatkan rakyat supaya memilih pemimpin daripada kaum yang dominan, beriman, berilmu, berakhlak mulia, tidak fasiq dan berintegriti.

“Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkan kesilapan yang berlaku pada PRU-14.

“Undilah gabungan yang akan menegakkan Islam dan memelihara hak setiap bangsa dengan keadilan Islam, iaitu Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Dalam hantaran berasingan, Abdul Hadi berkata, Islam mengiktiraf peranan yang dimainkan kaum wanita dalam pelbagai bidang pembangunan negara dan masyarakat.

Malah, katanya, sejarah Tanah Melayu juga membuktikan bahawa wanita turut memberikan sumbangan besar kepada negara dalam perjuangan kemerdekaan dan pembangunan negara dalam pelbagai bidang.

“Sejajar dengan pengiktirafan itu, Perikatan Nasional dengan tema Prihatin, Bersih, Stabil (PN BEST) telah menawarkan beberapa tawaran menarik yang mengambil kira peranan wanita yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara.

“Daripada 14 tawaran yang digarap khusus untuk wanita, inilah lima tawaran utama yang diberikan keutamaan bagi memperkasakan wanita dan menjadikan wanita lebih berdaya saing,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here