Jentera BN Gerik turun padang bantu mangsa banjir

0
3

NASIB penduduk di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu, Perak, yang dilanda banjir kilat semalam mendapat perhatian jentera Barisan Nasional (BN) Gerik yang turun padang membantu mangsa terjejas.

Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata jentera BN Gerik bertindak pantas membantu mangsa-mangsa banjir kilat di kawasan itu, sejak malam semalam.

“Sejak semalam lagi mereka membantu memindahkan mangsa ke tempat penempatan banjir ke Masjid Jamek Kuala Luar dan memastikan keselamatan penduduk-penduduk yang ditimpa musibah.

Mangsa banjir dipindahkan ke Masjid Jamek Kuala Luar

“Seawal pagi tadi, mereka terus membantu melakukan kerja-kerja pembersihan, membawa peralatan sendiri dan bergotong-royong membantu masyarakat setempat yang ditimpa musibah ini,” katanya menerusi Facebook.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, BN Gerik akan terus konsisten membantu rakyat dan meneruskan tradisi membela rakyat. – Malaysiapost

Jentera BN membantu mangsa banjir di Grik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here