‘Jelutong’ dihalang masuk Sarawak

0
2

PENYANDANG kerusi Parlimen Jelutong, RSN Rayer disenarai hitam dan dihalang memasuki Sarawak sebaik sahaja tiba pada jam 5 petang tadi.

Calon DAP itu dijadualkan hadir ceramah parti itu di Batu Kawa malam ini, namun tidak dapat meneruskan rancangannya kerana tidak mendapat kebenaran dari Jabatan Imigresen di sana.

“Saya datang sini untuk memberi ceramah di Batu Kawa, namun, saya diberitahu yang saya dihalang daripada masuk Sarawak dan telah disenarai hitam.

“Kena tanya Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) kenapa saya tidak boleh masuk ke Sarawak,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Sementara itu, jurucakap DAP memberitahu media yang RSN Rayer tiba di Sarawak menaiki syarikat penerbangan tempatan dari Pulau Pinang.

Beliau dijadual kembali ke ibu negara menaiki penerbangan syarikat sama pada pukul 9 malam ini dan meneruskan penerbangan ke Pulau Pinang pada pukul 11.20 malam ini.

“Beliau hanya diberitahu bahawa notis tersebut dikeluarkan oleh Kerajaan Sarawak pada 2016. Tiada penjelasan diberikan,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here