CALON Barisan Nasional (BN) Parlimen Gerik, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendapat ‘tonik’ tambahan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila dibantu bapanya berkempen, hari ini.
Ketua Pemuda Umno itu berkata beliau bersyukur dan bertuah kerana bapanya, Dato’ Dusuki Ahmad bersemangat untuk sama-sama berkempen di penempatan Orang Asli di Sungai Tiang dan Sungai Kejar.

“Walaupun umur sudah menjangkau 80 tahun tapi semangat dan kudrat untuk membantu, cukup menjadikan perasaan saya merasa amat terharu.
Walaupun perjalanan mengambil masa hampir dua jam, kepenatan tidak terasa apabila melihat sokongan dan sambutan luar biasa yang diberikan oleh penduduk,” katanya di Facebook.
Beliau juga berjanji akan menunaikan tanggungjawab dan kepercayaan apabila diberi peluang memimpin Parlimen Gerik.- Malaysiapost

