Hubungan Janna Nick, Dini berakhir?

0
3

PELAKON dan penyanyi Janna Nick memberi bayangan hubungan percintaannya dengan dengan kekasih, Dini Schatzmann telah berakhir.

Menerusi perkongsian status Janna di Instagram semalam, mencetuskan tanda-tanya di kalangan netizen yang mengandaikan kedua-dua selebriti itu kini tidak lagi bersama.

Dalam hantaran itu, Janna dilihat menulis nota berbaur kekecewaan dan mengatakan cintanya telah berakhir.

“Kepada kamu moga berbahagia, kini cinta kita telah berakhir selama-lamanya,” tulis Janna.

Bagaimanapun, Janna bertindak menutup ruangan komen di Instagramnya.

Sementara itu, menerusi satu video dimuat naik di TikTok, Janna mendedahkan status dirinya adalah ‘single’ seperti mengesahkan dia sudah putus bersama Dini.

Namun, di aplikasi TikTok rata-rata peminatnya meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan Janna itu.

Malah, ada yang berpendapat ianya hanya ‘gimik’ lakonan semata-mata.

Sementara itu, Janna juga dilihat sudah ‘unfollow’ Dini, namun lelaki itu masih mengikuti akaun Instagram penyanyi tersebut.

Janna dan Dini antara pasangan selebriti popular tanah air, menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2019. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here