Kejatuhan nilai ringgit buat kita jadi miskin – Tun M

0
3

KEJATUHAN nilai ringgit berbanding nilai dolar Amerika Syarikat (AS$) menyebabkan rakyat Malaysia jatuh miskin, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Penaja Parti Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata, nilai ringgit kini lebih rendah berbanding ketika susut nilai akibat Krisis Kewangan 1998.

“Sebelum ini kita memerlukan RM3.80 untuk membeli barangan import bernilai 1AS$, tetapi kini kita memerlukan RM4.70.

“Susut nilai membuatkan kita miskin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Perdana Menteri dua kali itu berkata, kejatuhan nilai ringgit yang berterusan mampu menjejaskan pelaburan, saham dan projek.

“Susut nilai membawa kepada lambakan saham dan pelaburan oleh pelabur asing, serta berlaku penjualan saham.

“Langkah ini menyebabkan penyusutan nilai yang lebih tinggi dan pembayaran balik pinjaman akan menjadi lebih mahal jika ia diambil dalam dolar AS,” jelasnya.

Menurut Dr Mahathir nilai mata wang tempatan itu tidak akan kembali ke nilai asalnya jika sudah mengalami kejatuhan yang teruk.

Katanya, ini sekali gus meningkatkan kos sara hidup yang lebih tinggi dan kemungkinan ditolak penggunaannya dalam pembayaran bil hotel serta restoran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here