Berpakaian seksi, Syafinaz minta dikecam?

0
2

JURI tetap program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat, ditegur netizen kerana berpakaian mencolok mata dan tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Pada konsert malam tadi, Syafinaz dilihat memakai busana berwarna hitam yang menggunakan material kain net sehingga seolah-olah menampakkan kulitnya pada bahagian dada dan lengannya.

Syafinaz dikatakan menyarungkan rekaan Ashley Wong yang sinonim dengan perincian kain net dan korset.

Rata-rata netizen berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program hiburan yang ditonton oleh seluruh lapisan umum.

Netizen juga menyifatkan penampilan berani Syafinaz sebagai juri itu seolah-olah sengaja mengundang kecaman orang ramai.

“Iyalah, program ini kan untuk tontonan semua lapisan umur. Macam tak sesuai pula kan?,” komen netizen

“Baju Syafinaz malam ini sangat tidak sesuai,” .

“Tiada sesiapa ke nak tegur baju Syafinaz agak seksi untuk konsert GV9 pada malam ini?” ciap seorang lagi netizen.

Sebelum ini, penampilan Syafinaz sering meraih pujian ramai pada setiap konsert kerana kerap tampil dengan busana anggun dan unik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here