Dua calon tunjuk bakat main alat muzik tradisional

0
2

DUA calon Barisan Nasional (BN) berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan cara tersendiri apabila menunjukkan bakat bermain gendang dan gong bagi menyantuni anak muda.

Calon Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota, Khairul Shahril Mohamed memilih mendekati anak muda di Titi Gantung, Bota, dengan alunan alat muzik tradisional.

Aktiviti santai tersebut turut diraikan anak-anak muda dengan bermain alat muzik tradisional yang lain seperti serunai, gendang ibu, gendang anak dan tamburin.

Menurut Mohd Nizar, walaupun sibuk sepanjang tempoh berkempan namun aktiviti bersama golongan anak muda tidak dilupakan.

“Inilah cara untuk kita dekati golongan anak muda menerusi muzik tradisional. Anak muda perlu diberikan sokongan dan dokongan.

“Mereka (anak muda) ini perlu diambil tahu dan sentiasa bersama mereka. Barulah ukhuwah itu semakin rapat dan disatukan menerusi muzik,” kata Mohd Nizar.

Calon Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota, Khairul Shahril Mohamed

Turut senada dengan pendapat itu, Khairul Shahril dilihat tidak kekok bermain alat muzik tradisional sambil memukul gong mengikut tempo dengan lagu yang dimainkan.

“Saya sangat gembira apabila anak-anak muda ini menunjukkan minat yang sangat mendalam permainan muzik tradisional yang kini semakin tenggelam ditelan zaman.

“Moga kesungguhan anak-anak muda ini akan terus memperjuangkan alat muzik ini yang bukan sahaja berkisarkan di negeri Perak sahaja tetapi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

Khairul Shahril juga tidak melepaskan peluang mencuba dan belajar meniup serunai sambil gendang anak dipalu Mohd Nizar mengikut irama lagu yang dimainkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here