‘Ikmal Hisham banyak berjasa pada warga Tanah Merah’

0
3
TANAH MERAH, 22 Ogos -- Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz ketika sidang media selepas Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanah Merah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENDUDUK di Tanah Merah, Kelantan menyifatkan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz adalah individu yang membawa pembangunan kepada penduduk di daerah berkenaan.

Penduduk turut mendakwa, banyak jasa yang dilakuan penyandang Parlimen berkenaan termasuk pembinaan jalan bertingkat dan Hospital Tanah Merah.

Menurut Azli Mohamad, 32, dia sebagai pengundi muda turut mengakui perkara itu kerana Ikmal Hisham adalah pemimpin yang perlu dicontohi oleh semua pemimpin.

Azli Mohamad, 32

“Sejak Ikmal Hisham memegang Parlimen Tanah Merah, banyak perubahan dibawa sehingga bandar Tanah Merah berkembang dengan baik seolah-olah pusat bandar kedua untuk Kelantan.

“Selain kemudahan infrastruktur, Ikmal juga seorang yang menjaga rakyat dan sentiasa membantu rakyat yang memerlukan.

“Walaupun beliau seorang yang sibuk dan mungkin banyak masa di luar Kelantan, namun beliau sentiasa menghantar wakil untuk mengagihkan bantuan kepada penduduk,” katanya.

Peniaga, Shamsuddin Mat Nor, 67, berkata, banyak jasa Ikmal Hisham kepada rakyat Tanah Merah apabila membina banyak kemudahan termasuk bangunan tambahan Hospital Tanah Merah, jambatan bertingkat dan Pasar Besar Tanah Merah.

Shamsuddin Mat Nor, 67

Katanya, kesemua pembangunan berkenaan bukan sahaja dapat memajukan bandar itu, malah ia turut membantu menaik taraf ekonomi penduduk.

“Dengan adanya pembangunan ini, penduduk boleh mencari rezeki apabila dapat berniaga di dalam pasar yang lebih selesa.

“Selain itu, beliau sentiasa menghulurkan bantuan tanpa mengira masa dan sekurang-kurangnya penduduk di daerah ini mendapat dua kali sumbangan setahun,” katanya.

Sementara itu, Che Norma Che Agus, 59, berkata Ikmal Hisham sangat berjasa apabila sentiasa menghulurkan bantuan tidak mengira masa terutama pada hari raya Aidilfitri, persekolahan dan waktu tengkujuh.

Che Norma Che Agus, 59

“Alhamdulillah, bantuan ini sampai kepada penduduk sama ada dihantar sendiri oleh datuk atau jenteranya.

“Selain itu, pelbagai bantuan yang kami terima termasuk ketika dua anak saya masih bersekolah, mereka sentiasa mendapat bantuan daripada datuk.

“Bantuan yang diberikan sekurang-kurangnya meringankan beban ibu bapa dan kami cukup berterima kasih kepada beliau yang sentiasa mengambil berat perihal penduduk di Parlimen ini,” katanya.

Menurutnya, amat susah untuk mencari pemimpin seperti Ikmal Hisham dan rakyat di daerah itu perlu bersyukur kerana mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here