Kerajaan Keluarga Malaysia beri fokus kawasan luar bandar

0
2

KERAJAAN Keluarga Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sentiasa berusaha untuk membangunkan infrastruktur khususnya kawasan luar bandar.

Komitmen tersebut diperkukuhkan dalam pembentangan Bajet 2023, yang disampaikan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang memfokuskan pembangunan luar bandar.

Antara fokus kerajaan antaranya peruntukan RM2.55 bilion bagi menambah baik kemudahan infrastruktur luar bandar.

Sasaran utama kerajaan Keluarga Malaysia untuk memastikan kesejahteraan rakyat luar bandar dan kemudahan infrastruktur akan terus ditambah baik.

Projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa tersebut akan membawa manfaat kepada lebih 110,000 penduduk.

Antaranya  kawasan yang bakal menerima manfaat daripada inidiatif ini adalah Kampung Orang Asli Bawong Kuala Kangsar ke Rancangan Penempatan Semula Kemar di Perak.

Selain itu, tidak ketinggalan kerajaan prihatin menambah baik projek bekalan elektrik luar bandar dengan peruntukan sebanyak RM472 juta untuk memanfaatkan penghuni 2,100 buah rumah.

Sementara itu, antara usaha kerajaan bagi menaik taraf insfrastruktur luar bandar adalah :

i. Peruntukan bagi bina baharu dan baik pulih rumah akan ditingkatkan daripada RM361 juta kepada RM460 juta. 

ii. Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar dengan peruntukan sebanyak RM472 juta.

iii. Projek Bekalan Air Luar Bandar dan Bekalan Air Alternatif berjumlah RM381 juta.

iv. RM123 juta bagi Projek Lampu Jalan Kampung melalui pemasangan baharu 6,800 unit lampu dan penyelenggaraan .

Dalam pada itu, kerajaan Keluarga Malaysia juga secara tidak langsung membela golongan rentan diluar bandar termasuk bantuan bulanan menerusi Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) untuk 450,000 isi rumah.

Kerajaan juga memberi subsidi bil elektrik RM40 diperluaskan kepada kumpulan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2019.

Bagi golongan B40 dan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), akan menerima perlindungan sosial bernilai RM734 juta berbentuk perlindungan insurans/takaful. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here