Chegu Bard dakwa Menteri Besar Selangor sogok pengundi guna dana awam

0
3

PEMIMPIN Bersatu Johor, Badrul Hisham Shahrin mendakwa calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari menyalah guna kuasa menggunakan bajet pembayar cukai untuk berkempen.

Beliau yang juga dikenali dengan panggilan Chegu Bard, turut mendakwa Menteri Besar Selangor itu menggunakan Majlis Perbandaran Selayang mengadakan program kempen mempromosi dirinya yang juga calon di kawasan berkenaan.

“Umum konon bercuti untuk tunjuk ketelusan hanya penipuan sebaliknya menggunakan kedudukan untuk berkempen. Lebih malang guna dana awam.

“Kempen itu jelas menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di mana pengundi ditawarkan minyak hitam percuma,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi Parlimen Gombak tidak membazirkan undi kepada calon PH kerana Amirudin akan didapati bersalah melanggar Akta Pilihan Raya.

“Ini baru satu contoh… Banyak aktiviti kempen calon PH salah guna kuasa sebagai Menteri Besar.

“Jangan bazirkan undi anda kepada calon PH Gombak kerana dia akan didapati melanggar Akta Pilihan Raya. Apa yang berlaku menunjukkan sikap kemunafikan PH itu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here