Dakwa tentera dibayar RM300, SPR minta lapor SPRM jika ada bukti

0
2
pru mpost banner

LAPOR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada maklumat atau bukti.

Demikian tegas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera dalam Parlimen Bera sudah mengundi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini dan dibayar RM300.

“SPR menegaskan sekiranya terdapat perbuatan sogokan atau rasuah semasa proses ketika
pengundian pos di Parlimen Bera sebagaimana didakwa, pengadu yang mempunyai maklumat atau bukti disarankan untuk melaporkan kepada pihak SPRM,” kata SPR.

Terdahulu Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mendakwa ada anggota tentera dalam kawasan Parlimen Bera sudah mengundi untuk PRU kali ini.

Ketika berucap di satu majlis di Terengganu, Anwar mendakwa anggota tentera terbabit dibayar RM300 untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu Anwar mendesak SPR menyiasat perkara tersebut.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tuduhan dilemparkan Anwar itu sengaja untuk menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap Barisan Nasional (BN).

Katanya, Anwar perlu sedar dakwaan itu bersifat jahat dan perlu memohon maaf kepada semua anggota tentera. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here