Apa kata selebriti tentang PKPB kali ini

0
3

Nurul Huda Abhar

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula tengah malam ini di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sabah, kembali menjadi bualan umum yang rata-rata risau dengan penularan wabak Covid-19 yang meningkat.

Tidak terkecuali beberapa selebriti tanah air yang memberi reaksi berhubung pelaksanaan PKPB yang diumumkan kerajaan semalam, apabila membuat hantaran di laman sosial masing-masing dengan peringatan kepada pengikut mereka agar kekal duduk di rumah.

Menerusi semakan Malaysiapost di laman sosial Instagram (IG), artis-artis tanah air kebanyakannya masih tetap dengan aktiviti harian mereka.

Bagi pelakon, Siti Elizad, dia melakukan aktiviti senaman pagi terakhir sebelum PKPB bermula tepat jam 12.01 tengah malam ini.

“Salam semua, selamat pagi. Okay, ni kira pagi terakhir senaman ringan kat taman rumah sebelum PKPB.

“Doktor pesan jaga kesihatan, jaga pemakanan, makan buah-buahan dan inject ikut time. Selamat bekerja yang WFH (work from home), yang perlu bertugas di luar, pastikan pakai face mask, patuhi SOP ya,” tulisnya.

Siti Elizad

Berlainan pula dengan pelakon KL Wangan, Jasmine Suraya yang memberitahu akan merindui saat-saat melancong sebelum ini.

Ini kerana, Jasmine gemar membuat hantaran di IG, foto-foto ketika bercuti bersama rakan-rakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Saya pasti akan merindui cuti-cuti Malaysia.” katanya.

Jasmine Suaraya

Bagi penyampai radio, Nana Mahazan, dia tetap meneruskan kerja di konti seperti biasa dan berharap keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.

“Senyum walaupun pahit.. ader. Dah nak PKPB. Haihla. Hope for the best! Take care guys! Kita kerja dulu ya..,” tulisnya

Nana Mazhan

Walaupun meminati aktiviti sukan, jurulatih kesihatan yang juga selebriti IG, Nana Al Haleq berkata masyarakat perlu duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.

Dia yang terkenal dengan produk Bodylab.com dan pengacara, berkongsi tips-tips keselamatan yang diamalkan ketika berada di luar rumah.

“Semua kerja tergendala, saya harap semua duduk di rumah elok-elok. Sambung kerja anda yang buat sekarang di rumah. Pastikan sentiasa pakai hand sanitizer dan detol spray.

“Saya juga selalu bawa detol spray dalam kereta. Biar la orang kata apa-apa tapi saya memang akan sembur dulu apa sebelum pegang.

“Jangan lupa kerap cuci tangan ya..jaga keselamatan kita bersama,” tulisnya.

Nana Al Haleq

Tidak ketinggalan pelakon lelaki meningkat naik, Raja Atiqullah yang popular dalam siri Nur memberitahu aktiviti sukan luar perlu direhatkan sementara.

Dia turut menasihatkan pengikutnya agar menjaga kesihatan masing-masing kerana wabak Covid-19 masih belum reda.

Raja Atiqullah

“Tiada gym, tiada mamak, tiada futsal. Sekarang kita beralih ke MI, PUBG, Freefire. Good luck semua ya. Jaga kesihatan semua ok..,” katanya. – Malaysiapost

(Hantaran ini diambil terus dari Instagram tanpa suntingan)