Isytihar harta ini kadang-kadang satu kebodohan, kata Hadi

0
3
https://www.facebook.com/146911248727335/photos/pb.100044222510324.-2207520000../4305409722877446/?type=3

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan syarat PKR supaya calonnya mengisytiharkan harta sebagai satu “kebodohan”.

Memetik laporan Malaysiakini, penyandang kerusi Parlimen Marang itu mendakwa, pendekatan tersebut seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.

“Isytihar harta ini kadang-kadang satu kebodohan. Nak tunjuk-tunjuk kepada orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas kuliah mingguan di Rusila, Marang hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PAS akan turut sama mengikuti langkah PKR pengisytiharan harta melibatkan calon-calonnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilapor berkata, setiap calon parti pada PRU15 perlu berbuat demikian bagi memastikan standard lebih tinggi untuk pilihan raya akan datang.

Langkah itu juga dikatakan akan menimbulkan keyakinan orang ramai terhadap pilihan raya dan institusi yang mereka berkhidmat sekiranya calon itu mula memegang jawatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here