PRU15: Puluh tahun merana, Anwar seru rakyat Kelantan lakukan perubahan

0
3

RAKYAT Kelantan harus membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan menolak PAS kerana gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik mentadbir negeri itu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata puluhan tahun rakyat Kelantan merana tanpa ada sebarang perubahan dilakukan kerajaan negeri termasuk dalam aspek peningkatan infrastruktur, taraf hidup dan ekonomi rakyat.

“Pelbagai masalah yang menghimpit warga Kelantan seperti kualiti dan kebersihan bekalan air, capaian internet yang munasabah, pembolosan hutan simpan.

“Selain, kadar pengangguran yang meningkat dan seribu satu masalah lain yang mencengkam kehidupan rakyat. Justeru, rakyat Kelantan mesti bersama dalam arus perubahan ini demi negara” katanya dalam Jelajah Mega Harapan di Pengkalan Chepa, malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar berkata, medan PRU15 ini harus digunakan dengan sebaiknya untuk memilih pemimpin yang benar-benar cakna isu rakyat untuk disuarakan di peringkat Persekutuan.

“Matlamat kita masuk pilihan raya bukan semata-mata untuk menang dan merebut kuasa, tetapi ia adalah amanah rakyat untuk melakukan tanggungjawab di Parlimen sebagai institusi pembuat dasar dan memperkenalkan dasar-dasar yang pro-rakyat,” katanya.

Anwar berkata, beliau memberi jaminan bahawa PH tidak akan memungkiri amanah dan tidak akan sesekali meminggirkan Kelantan apabila gabungan itu mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

“Oleh yang demikian, aspek kehadiran ke Parlimen sangat penting. Usah bicara soal kepentingan rakyat sekiranya perkara asas seperti rekod kehadiran sebagai Ahli Parlimen pun kita gagal penuhi.

“Menurut rekod Parlimen, rekod kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ustaz (Tan Sri Abdul) Hadi Awang adalah antara yang tercorot. Justeru, masuk pilihanraya untuk apa?,” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here