‘Zahid PM jika BN menang PRU15’- Tun M

0
3

TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya gabungan itu diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu percaya Ahmad Zahid tidak akan mengotakan janjinya untuk menjadikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

“Kasihan Ismail Sabri. Dijanji akan terus jadi Perdana Menteri apabila BN menang.

“Dan apabila dia (Ismail Sabri) bubar Parlimen, sekarang kroni-kroninya tidak dipilih sebagai calon,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri dua kali itu mendakwa, tindakan itu menjadikan Ismail Sabri lemah, manakala ramai yang percaya janji Ahmad Zahid akan hanya tinggal janji.

“Ramai percaya janji Zahid bahawa Ismail Sabri akan jadi Perdana Menteri akan hanya tinggal janji.

“Yang akan jadi Perdana Menteri akhirnya ialah Zahid,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here