JDT lantik bekas anggota tentera sebagai Ketua Keselamatan Stadium

0
4

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pelantikan bekas anggota tentera sebagai Ketua Keselamatan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) selepas mendapat titah daripada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam.

Pelantikan itu susulan insiden yang tidak diingini membabitkan YouTuber dari Indonesia yang melawat Stadium Sultan Ibrahim aksi Piala Malaysia 2022 diantara JDT menentang PJ City, baru-baru ini.

Difahamkan youtuber yang kenali sebagai Endhy TK mempunyai masalah dengan seorang marshal di stadium berkenaan apabila dilayan dengan buruk sehingga mematahkan semangatnya untuk menyaksikan perlawanan itu.

“Kelab Bolasepak JDT akan melantik seorang bekas anggota tentera sebagai Ketua Keselamatan Stadium untuk menyelia kesemua perkara berkaitan keselamatan, termasuk mengurus dan melatih para marshal,” Kata Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards.

Selain itu, satu lagi kejadian yang mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan membabitkan larangan bawa masuk bendera Malaysia ke Stadium Sultan Ibrahim ketika perlawanan liga domestik.

Isu tersebut tular di media sosial apabila salah seorang penyokong Harimau Selatan mendakwa telah ditegur oleh marshal yang bertugas kerana mengibarkan bendera Malaysia ketika nyanyian lagu Negaraku sebelum sepak mula perlawanan.

Bagaimanapun, JDT menafikan perkara tersebut dan menjelaskan kenyataan daripada marshal itu tidak tepat dan tiada arahan yang dikeluarkan untuk melarang penyokong membawa masuk Jalur Gemilang sewaktu perlawanan berlangsung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here