Zahida berkempen dengan ‘video call’ pengundi Padang Besar

0
3

CALON Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahida Zarik Khan menggunakan pendekatan kempen secara dalam talian dengan membuat panggilan video kepada pengundi kawasan berkenaan.

Kaedah itu digunakan susulan Ketua Puteri Umno itu masih dalam tempoh edah susulan kematian suaminya pada pertengahan Ogos lalu.

“Hari ini jentera turun bertemu pengundi dari rumah ke rumah di sekitar Kampung Padang Malau di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Berseri.

“Saya turut berpeluang bertanya khabar dan bersembang sembang dengan pengundi melalui ‘video call’,” katanya di Facebook.

Zahida dalam pada itu turut meminta pengundi di Padang Besar untuk turut sama menyokong dan memberi undi kepada dua calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Berseri Ruzaini Rais.

Pilihan Raya Umum kali ini menyaksikan Zahida akan ditentang penyandang kerusi berkenaan, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding atas tiket Bebas.

Serta tiga lagi calon lain iaitu Rushdan Rusmi dari Perikatan Nasional, Ko Chu Liang dari Parti Warisan Sabah dan Muhammad Saad @ Yahya dari Pakatan Harapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here