SUAMI isteri warga emas terperangkap di rumah kebun milik mereka di Sungai Semungkis, di sini, selepas kawasan itu dinaiki banjir kilat hari ini.
Ketika kejadian, kedua-dua mereka yang berasal dari Ampang, dikatakan sedang berehat di rumah kebun terbabit.
Berdasarkan maklumat, pasangan berusia 60 tahun itu terpaksa diselamatkan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dan dibawa keluar dengan selamat.
Pengarah JBPM) negeri, Norazam Khamis, mengesahkan khidmat pihaknya dipanggil untuk menyelamatkan pasangan terbabit.
“Setakat ini, hujan di sekitar Hulu Langat sudah berhenti. Bagaimanapun, pihak bomba masih melakukan tinjauan di kawasan berkenaan,” katanya. – Malaysiapost

