Ahmad Idham genggam PHD, kini bergelar Dr

0
3

PENGARAH dan pelakon, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 48, berjaya menggenggam Ijazah Kedoktoran Pengurusan (PhD) dalam Majlis Konvokesyen Ke-34, Universiti Utara Malaysia (UUM) 2022, semalam.

Ahmad Idham yang kini terjun ke bidang politik turut dicalonkan mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Parlimen Port Dickson bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, kejayaan menggenggam Ijazah Kedoktoran dalam bidang pengurusan itu adalah hadiah terindah dalam perjalanan pengajiannya selama hampir tujuh tahun.

Dalam masa sama, pengarah filem Adnan Sempit itu berharap kejayaannya itu menjadi pencetus semangat kepada generasi muda khususnya di Port Dickson untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

Sebelum ini, Ahmad Idham dilantik sebagai Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Sembilan.

Sabtu lalu, pengarah itu hadir ke pusat penamaan calon Parlimen Port Dickson mewakili GTA bagi PRU15.

Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH), bekas Timbalan Menteri Pendidikan dari Barisan Nasional (BN), Datuk P Kamalanathan. – Malaysiapost

, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 48, berjaya menggenggam Ijazah Kedoktoran Pengurusan (PhD) dalam Majlis Konvokesyen Ke-34, Universiti Utara Malaysia (UUM) 2022, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here