PKPB Lembah Klang: Roti gardenia, kopi dalgona ‘banjiri’ laman sosial

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

GAMBAR roti gardenia dan kopi dalgona mula memenuhi ruangan media sosial susulan pelaksanaan Perintah Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.

Kedua-dua ‘item’ ini adalah paling ‘laku keras’ ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 18 Mac hingga 9 Jun lalu.

Roti gardenia ‘sold out’ di kedai dalam tempoh berkenaan, selain lori yang membawa roti itu juga ‘diburu’ dan ditahan ditengah jalan.

Manakala, kopi dalgona pula resespi yang dicuba sebahagian rakyat Malaysia, di mana masing-masing akan memuatnaik gambar dan video kejayaan menghasilkan kopi viral berkenaan.

Menerusi kumpulan Facebook yang popular ketika PKP, Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, admin memaklumkan roti gardenia mungkin akan habis lagi kali ini.

“Habislah roti Gardenia selepas ini. Adakah lori roti Gardenia bakal di ‘hijack’ tidak lama lagi.

“Sama-sama kita saksikan episod #PKPB The War Begins,” katanya.

Pengguna Facebook, Hanan Hai pula berkata sudahkan rakyat Selangor bersedia dengan memuatnaik gambar kopi dalgona.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan PKPB akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula esok hingga 27 Oktober.

“Selepas mendapat nasihat KKM dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku, seperti di Klang di Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan dearah-daerah lain.

“Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 14
Oktober hingga 27 Oktober 2020,” katanya. -Malaysiapost