Zahidi bertanding bebas di Padang Besar, Titi Tinggi

0
2

PENYANDANG kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin bertanding sebagai calon Bebas mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada PRU kali ini turut bertanding sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi.

“Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku, mudahkanlah urusanku dan lepaskan kekakuan daripada lidahku agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.

“Demi pendirian dan maruah Padang Besar serta suara akar umbi, saya kembali untuk mempertahankan kerusi Padang Besar,” ciapnya di Twitter, hari ini.

Zahidi mengikut jejak langkah penyandang kerusi Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang mempertahankan kerusi itu pada PRU15,  selepas digugurkan BN.

Bagaimanapun, Shahidan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here