PRU15: Restu ibu iringi Nizar Najib

0
3

CALON Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya Datuk Mohd Nizar Najib, 44, mendapat restu dan sokongan ahli keluarganya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ibunya, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, 66, berkata, beliau akan sentiasa menjadi penyokong kuat kepada anaknya itu.

“Saya harap semuanya akan berjalan lancar untuk Nizar, InsyaAllah.

“Saya juga berharap dia diberi mandat oleh penduduk di kawasan Peramu Jaya, sekali gus dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka jika dipilih pada PRU15 kali ini,” katanya dipetik Harian Metro.

Tengku Puteri Zainah akan bersama penyokong BN Pekan mengiringi Mohd Nizar bagi proses penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Turut sama dua lagi anaknya, Putri Norlisa Najib dan Datuk Nazifudin serta isteri Mohd Nizar, Datin Nur Sharmila Shaheen.

Sementara itu Mohd Nizar yang merupakan Ketua Pemuda Umno Pekan berkata, sudah menjadi tradisi keluarganya untuk memohon restu daripada orang tua, sebelum melakukan sesuatu yang penting.

Menurutnya, amat penting untuk dapatkan restu mereka, lagi pun ini adalah sebagai hormat kepada ibu bapa sebagaimana ajaran agama kita juga.

“Sebelum ini saya juga telah bertemu dengan daddy (Datuk Seri Najib Razak) dan dia amat gembira apabila saya dicalonkan sebagai wakil rakyat di DUN Peramu Jaya sambil mendoakan kejayaan besar berpihak kepada saya.

“Sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat saya akan berusaha membangunkan kawasan Peramu Jaya sambil mengikut corak kepimpinan digunakan daddy,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here