Hadi umum Shahidan, Ismail Muttalib bertanding atas tiket PN

0
2

PENYANDANG Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang digugurkan Barisan Nasional (BN), akan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu diumumkan Presiden PAS, TAN Sri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis pengumuman calon PN di Marang malam ini.

Abdul Hadi turut mengumumkan Datuk Seri Shahidan Kasim sebagai calon PN bertanding di Parlimen Arau. 

Terdahulu, kehadiran Shahidan dalam majlis itu telah mencuri perhatian hadirin apabila beliau yang digugurkan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Arau pada PRU15 ini telah menemui Abdul Hadi. 

Dalam ucapan ringkasnya, Menteri Wilayah Persekutuan itu memberitahu telah diminta untuk hadir ke majlis malam ini untuk mengambil watikah sebagai calon PN. 

Shahidan turut mengecam Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkan sebagai “penipu” kerana gagal menepati janji yang diucapkan sebelum ini.

Jelas Shahidan, senarai cadangan calon daripada “top five” Umno tidak diendahkan oleh Ahmad Zahid. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here