Syed Saddiq diumum bertanding di Muar

0
2

PRESIDEN Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menamatkan teka-teki sama ada mempertahankan kerusi Parlimen Muar atau sebaliknya. 

Beliau yang sedang menghadapi pendakwaan kes di Mahkamah Tinggi yang memerintahnya membela diri selepas wujud ‘prima facie’, dinamakan untuk bertanding di Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. 

Pengumuman dibuat Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz malam ini.

Muda yang menjadi parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun akan bertanding pada PRU15 ini menggunakan lambang sendiri. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here