Janji hapus tol: ‘Siapa percaya angkat tangan’ – Asyraf Wajdi sindir Guan Eng

0
2

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menempelak Pakatan Harapan (PH) kerana mengulangi janji lama untuk menghapuskan tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam hantaran ringkas di Facebooknya, Asyraf Wajdi menyifatkan PH tidak serik-serik menjadikan isu menghapuskan tol sebagai ‘gula-gula’ kempen pilihan raya mereka.

“Hebat! Janji terbaru PH datang lagi. Janji Lim Guan Eng, jika PH menang, toL PLUS akan dihapuskan.

“Nampaknya tidak serik-serik lagi PH mahu menabur janji baharu untuk rakyat sempena PRU15. Siapa percaya angkat tangan,” sindirnya.

Terdahulu, media melaporkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berjanji tol di Lebuh PLUS akan dimansuhkan jika PH memenangi PRU15 dan membentuk Kerajaan Persekutuan seterusnya.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, PH ‘boleh memansuhkan tol’ di lebuh raya jika ia mendapat masa lima tahun lagi menjadi kerajaan.

Menurut Guan Eng, PH telah mengurangkan bayaran tol PLUS sebanyak 18 peratus semasa gabungan itu memerintah selama 22 bulan.

Untuk rekod, sebelum PRU14 PH pernah ‘menabur’ janji sama untuk memansuhkan tol secara ‘berperingkat’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here