ASA 2020: Fauziah Nawi dinobat Tokoh Seri Angkasa

0
3

SENIWATI Fauziah Nawi menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022).

Beliau yang mesra dipanggil ibu, menerima wang tunai RM10,000 dan trofi serta sebuah kereta, atas sumbangannya dalam industri seni tanah air termasuk memperjuangkan nasib anak seni tempatan.

Anugerah itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia ,Tan Sri Annuar Musa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Fauziah terkejut dengan hadiah kereta yang diumumkan pada saat-saat akhir, berkata beliau sangat terharu apabila doanya dimakbulkan.

“Saya tiada kereta dan tidak mampu beli kereta sebab sudah tua.

“Malam ini, Alhamdulillah Allah makbulkan kereta untuk saya… Terima kasih,” katanya.

Pada majlis itu, dua anugerah kemuncak iaitu Dokumentari TV Terbaik dimenangi Social Playlist oleh Herbert Pua Kuo Jie membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM150,000.

Drama TV Terbaik pula dimenangi Pencipta Pegang Waktu oleh Nor Shahila Harun Shah dan membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan DKD sebanyak RM200,000.

Pemberian DKD ialah selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang bertujuan membantu serta menggalakkan pengamal industri kreatif menghasilkan, memasarkan dan mengedar kandungan kreatif yang tinggi nilainya kepada pasaran tempatan serta antarabangsa terutama dalam fasa pasca-Covid-19.

ASA 2022 kembali setelah menyepi enam tahun dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Program dua hari bertemakan ‘Kemuncak Kecemerlangan’ itu menyaksikan hadiah bagi pemenang 34 kategori disampaikan malam ini.

ASA dahulunya dikenali sebagai Anugerah RTM, yang dicetuskan Kementerian Penerangan pada 1972, bertujuan mengiktiraf penggiat penerbitan program radio dan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here