149 maut dalam pesta Halloween di Seoul

0
3

SEKURANG-kurangnya 149 orang terbunuh dengan 76 yang lain cedera dalam rempuhan maut di Itaewon, Seoul, ketika sekumpulan besar pengunjung berpesta meraikan Halloween lewat malam.

Menurut saksi, kemalangan itu berlaku malam tadi di lorong menuruni bukit yang sempit berhampiran Hotel Hamilton di daerah hiburan malam yang terkenal selepas sekumpulan orang yang berpesta membanjirinya, lapor Agensi Berita Yonhap.

Puluhan ribu orang mengunjungi kawasan itu untuk pesta Halloween.

Pihak berkuasa bomba tidak menolak kemungkinan jumlah kematian mungkin meningkat lagi.

Choi Seong Beom, ketua jabatan bomba di Yongsan, memaklumkan banyak nyawa terkorban apabila orang ramai terjatuh ketika pesta Halloween.

Mangsa dalam lingkungan 20-an adalah kumpulan umur yang paling ramai terbabit dalam kemalangan itu, kata pihak berkuasa.

Pihak bomba pada awalnya menerima puluhan laporan daripada orang ramai di kawasan Itaewon mengenai pesakit yang mengalami kesukaran bernafas.

Pasukan penyelamat yang dihantar ke tempat kejadian telah memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada puluhan mangsa di jalan berhampiran.

“Apabila orang di hadapan jatuh, mereka di belakang menghentam,” seorang saksi berusia 20-an memberitahu Agensi Berita Yonhap.

Punca sebenar insiden masih belum diketahui. – Malaysiapost

Foto kredit: al-Jazeera

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here