PM mahu pastikan penyokong tidak berparti undi BN

0
2

Najamuddin Mohd Nor

JENTERA Barisan Nasional (BN) mesti bekerja keras bagi memastikan pengundi tidak berparti menyokong gabungan itu sekali gus menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata BN tidak boleh mengabaikan kuasa mengundi yang dimiliki hampir lima juta pemilih baharu dalam PRU15 kali ini.

Menurutnya, BN perlu memanfaatkan sokongan pengundi baharu ini yang tidak berparti selain memastikan pengundi putih keluar menunaikan tanggungjawab mereka mengundi BN.

“Sebab itu saya harap kita semua sama-sama bekerja kuat bukan sahaja untuk mendapatkan pengundi putih supaya terus kekal bersama kita, tetapi juga mendapatkan sokongan daripada mereka yang atas pagar dan tidak berparti supaya menyokong kita.

“Insya-Allah kalau mereka sokong kita, pengundi putih kita kekalkan untuk terus sokong kita, Insya-Allah DUN (Dewan Undangan Negeri) yang kita pertandingkan, Parlimen yang kita pertandingkan pasti akan dikuasai kita, BN,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika berucap majlis Himpunan Solidariti Kestabilan Kemakmuran BN Pahang, di Bera, hari ini.

Dalam majlis itu Ismail Sabri bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melancarkan jentera BN PRU15 Pahang di hadapan kira-kira 6,000 penyokong BN yang hadir. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here