Harga tiket penerbangan sehari sebelum dan selepas mengundi naik mencanak

0
2
https://www.instagram.com/juwita_anne/

PAS mendakwa syarikat penerbangan bertindak menaikkan harga tiket sejurus selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh mengundi.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Pas Pusat, parti berkenaan harga tiket penerbangan kini naik mencanak hingga RM400 sehala untuk laluan dalam Semenanjung.

“Kalau ada yang perasan sejurus SPR umum tarikh mengundi, awal-awal lagi geng kapal terbang dah buat kerja. Mencanak harga tiket naik.

“Ambil contoh Air Asia, kalau kita tempah tiket dalam masa sebulan nak travel kita masih boleh dapat tiket dengan harga sekitar RM100 sehala untuk laluan dalam Semenanjung.

“Tapi untuk hari mengundi, sehari sebelum dan selepas mengundi setakat hari ini sudah mencecah RM400 sehala,” menurut hantaran berkenaan.

Menurut Pas, tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak pula mungkin boleh mencecah ribuan menjelang tarikh mengundi, sekaligus membebankan mereka yang ingin pulang mengundi di negeri berkenaan.

“Rugi jika harga yang menaik dan terus menaik ini akan kurangkan rakyat Malaysia pulang mengundi. Kapal terbang boleh jadi pilihan utama buat mereka yang perlu balik hari.

“Sepatutnya pihak penerbangan boleh bekerjasama memudahkan urusan balik mengundi rakyat Malaysia walaupun harga tiket penerbangan lazimnya akan meningkat ikut permintaan tinggi sesuatu peristiwa,” katanya.

Pas bagaimanapun memuji tindakan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang melancarkan diskaun sehingga 20 peratus Jom Balik Mengundi, dengan penambahan 26 penerbangan.

“Harapnya kita dapat lihat syarikat penerbangan lain buat inisiatif yang sama.

“Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) juga kena pastikan syarikat penerbangan tidak menaikkan harga terlampau tinggi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

SPR dalam satu sidang media pada 20 Oktober lalu, mengumumkan 19 November ini sebagai hari pengundian bagi PRU-15.

Tarikh sama juga ditetapkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November manakala bagi pengundian awal pada 15 November. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here