“Berpolitik jangan hilang pertimbangan hukum dan insaniah” – Ahmad Zahid

0
2

LAWAN Barisan Nasional (BN) kini dilihat semakin terdesak hingga terpaksa menipu dan hilang pertimbangan hukum serta insaniah, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mendakwa video rakaman ucapannya di ‘potong’ dan disebarkan dalam usaha pihak tertentu menfitnah pemimpin BN seperti yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan kini mengulanginya menjelang PRU-15.

“Apa yang terdesak sangat pihak lawan BN terpaksa menipu yang tidak sudah-sudah?

“Ini kali kedua rakaman ucapan saya mereka ‘potong’ dan sebarkan.

“Gunakanlah teknologi yang ada untuk kebaikan, bukan kebatilan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, sebagai hamba Allah beliau mampu memaafkan, namun mempersoalkan sama ada pihak yang menfitnah dapat memaafkan diri sendiri dengan apa yang telah dilakukan.

“Berpolitik jangan hilang pertimbangan hukum dan insaniah. Usah menzalimi demi kuasa kerana tiada keberkatan disebaliknya.

“Sudah-sudahlah dengan cara berpolitik menipu, menghasut dan memfitnah,” katanya.

Beliau turut melampirkan video ucapannya yang disunting pihak tidak bertanggungjawab berkenaan bagi dibandingkan dengan ucapan penuhnya.

“Sebarkan agar rakyat tidak tertipu dan percaya fitnah oleh pihak yang tidak pernah takut akan dosa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here