‘Terima Kasih Port Dickson’ – Anwar

0
2

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menghargai sokongan pengundi Port Dickson terhadapnya sepanjang sepenggal berkhidmat sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau terharu kerana rakyat Port Dickson tidak mengira latar belakang kaum dan agama dapat menerima kehadirannya bertanding di kerusi itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2018.

“Terima kasih buat warga Port Dickson (PD) yang telah mendukung saya selama sepenggal yang lalu.

“Saya bertemu dengan ramai warga PD dari pelbagai latarbelakang dan saya kasihi setiap mereka.

“Penghargaan juga buat seluruh agensi dan jabatan kerajaan yang memberi kerjasama yang baik sepanjang khidmat saya di sana. Terima kasih PD!,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau yakin PH mampu mengekalkan kemenangan di Negeri Sembilan dan menang bergaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya hargai warga Port Dickson yang hadir nyatakan sokongan berterusan terhadap PH di sini.

“Saya turut umumkan Menteri Besar Negeri Sembilan, (Datuk Seri) Aminuddin Harun sebagai pengganti saya di parlimen Port Dickson,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai calon PH bagi Parlimen Port Dickson pada PRU15, malam tadi

Kelmarin, Anwar mengesahkan beliau akan bertanding di Parlimen Tambun, Perak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here