Kumpulan umur 30 hingga 39 tahun paling ramai layak mengundi

0
2

DAFTAR pemilih terkini yang dikemaskini sehingga 9 Oktober lalu merekodkan seramai 21,173,638 jumlah keseluruhan pemilih yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di laman Facebook rasminya hari ini, jumlah berkenaan adalah membabitkan 20,905,366 pengundi biasa, pengundi awal (polis dan pasangan) seramai 118,794, pengundi awal (tentera dan pasangan) seramai 146,737, manakala 2,741adalah pengundi tidak hadir.

Menurut SPR, statistik jantina pula menunjukkan pengundi wanita adalah lebih ramai dari pengundi lelaki iaitu membabitkan seramai 10,622,151 pengundi wanita dan 10,551,487 pengundi lelaki.

Statistik umur pengundi yang layak mengundi adalah membabitkan 1,393,549 pengundi berusia 18 hingga 20 tahun, manakala pengundi berusia 21 hingga 29 tahun adalah seramai 4,614,429.

Pengundi paling ramai adalah dari kumpulan umur 30 hingga 39 tahun iaitu seramai 4,681,348 pengundi dan kumpulan umur 40 hingga 49 tahun seramai 3,645,248 pengundi.

Bagi kumpulan umur 50 hingga 59 tahun adalah seramai 3,027,498 diikuti kumpulan umur 60 hingga 69 tahun dengan 2,277,070 pengundi, manakala pengundi berusia 70 hingga 79 tahun seramai 1,093,951 pengundi.

Sementara itu, pengundi yang berusia 80 hingga 89 tahun adalah seramai 353,631 pengundi dan akhir sekali yang berusia 90 tahun ke atas adalah seramai 86,914 pengundi.

SPR semalam mengumumkan PRU-15 akan diadakan bermula 5 November ini dengan penamaan calon diikuti undi awal pada 15 November dan hari mengundi pada 19 November ini. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here