Ingat lagi tak? – Asyraf Wajdi

0
2

BARISAN Nasional (BN) mengingatkan pengundi agar tidak lagi dipermainkan dengan janji-janji palsu yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan (PH) seperti dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

Pengerusi Pemuda BN Datuk Dr Asyraf Wajdi, berkata BN walaupun tidak sempurna dan banyak kelemahan, namun mempunyai rekod gemilang dalam mentadbir negara berbanding PH yang hanya pandai berjanji.

“Apakah kita bersedia untuk sekali lagi dipermainkan? Manifesto Bukan Kitab Suci. Apa lagi janji PH yang anda masih ingat?

“BN tidak sempurna, kami banyak kelemahan tapi kami ada rekod pencapaian yang gemilang dalam mentadbir rakyat.

“Insya-Allah dengan wajah baharu, setelah mengambil ibrah pengajaran akan kesilapan lampau, BN bangkit untuk menawarkan Kestabilan dan Kemakmuran untuk semua rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut memuat naik video TikTok memaparkan kenyataan-kenyataan pemimpin PH ketika berkempen dalam pilihan raya membabitkan janji untuk menghapuskan tol.

“Jangan ditipu buat kali kedua. Pilihlah BN demi kestabilan dan kemakmuran. Tiada janji, lihat bukti,” katanya dalam video berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here