PRU15: Tempoh kempen 14 hari cukup – Nanta

0
2
Alexander Nanta Linggi

TEMPOH berkempen selama 14 hari bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah sesuai dan mencukupi bagi Sarawak.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata tempoh ditetapkan itu memberi peluang kepada calon untuk bertemu pengundi terutamanya yang berada di kawasan pedalaman negeri ini.

Selain itu, beliau berkata tempoh itu juga akan memberi masa berpatutan buat pengundi pulang ke kawasan mereka.

“Buat GPS, tarikh ditetapkan adalah sesuai dan mencukupi kerana dari sudut luar bandar bagi Negeri Sarawak yang kawasannya luas dan perhubungan kita juga agak sukar.

“Tempoh itu akan memberi ruang buat pengundi di luar kawasan untuk pulang dan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi PRU15.

Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November, manakala pengundian awal pada 15 November. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here