DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan beliau akan kekal mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Perdana Menteri mengumumkan perkara itu kepada media selepas majlis perasmian Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Puncak Alam dekat Kuala Selangor, hari ini.
“Ya, saya akan bertanding di Bera, saya nak (mempertahankan) kawasan, tetapi kena tunggu pengumuman,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Naib Presiden Umno itu mewakili Parlimen Bera sejak 2004.
Pada PRU14 lalu, beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,311 undi menewaskan calon daripada PKR dan PAS. – Malaysiapost

