RAKYAT akan menjadi penentu masa depan Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menurutnya, apa yang penting adalah semua yang layak sebagai pemilih keluar mengundi pada tarikh yang telah diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
“Penamaan calon – 5 November, undi awal – 15 November dan hari mengundi – 19 November
“Saya dan Parti MUDA akan fokus kepada politik dasar dan khidmat untuk Rakyat.
“Itu adalah prioriti kami,” katanya dalam satu hantaran di Facebook selepas tarikh-tarikh penting PRU-15 diumumkan hari ini.
Beliau berharap pilihan raya dapat dijalankan secara sihat supaya rakyat dapat memilih apa yang menereka fikir terbaik untuk mereka.
“Moga semua dipermudahkan,” katanya. – Malaysiapost

