Bajet pembangunan bukan hanya untungkan taikun, konglomerat – PM

0
2

PERDANA Menteri menafikan dakwaan pembangkang perbelanjaan pembangunan (DE) sebanyak RM95 bilion dalam Bajet 2023 hanya untuk taikun dan kumpulan konglomerat.

Sebaliknya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan perbelanjaan pembangunan itu juga untuk manfaat rakyat dan kontraktor kecil serta projek pembangunan luar bandar.

“Pihak pembangkang keluarkan video menyatakan bajet DE RM95 bilion itu akan menguntungkan taikun dan kumpulan konglomerat.

“Mereka lupa DE itu bukan saja projek mega tetapi juga projek sambungan dan projek pembangunan luar bandar termasuk pembinaan Pan Borneo, ini kita buat untuk kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.

“Begitu juga Projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menyediakan puluhan ribu kerja dengan peruntukan besar yang dapat beri faedah kepada rakyat dan kontraktor kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Kontraktor Melayu 3.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu (PKMM) ke-43 di ibu negara, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here