PM turun kawasan Presiden lambang solidariti Umno

0
2

KEHADIRAN Perdana Menteri dalam program bersama Presiden Umno di Bagan Datuk semalam, besar maknanya dalam perjuangan Umno, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurut Setiausaha Agung Umno itu, ia terutamanya ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) bersiap sedia untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini kerana, katanya, perhimpunan di Kompleks Umno Bagan Datuk, iaitu kawasan Parlimen diwakili Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, melambangkan solidariti Umno.

“Kawasan Presiden, hadir YAB PM (Perdana Menteri).

“Suatu perhimpunan yang besar maknanya dalam perjuangan memartabatkan rakyat dan negara di tahap cemerlang pada masa hadapan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno, hadir majlis Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran BN Perak di Dewan Umno Bahagian Bagan Datuk.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri memberi amaran kepada pihak tertentu jangan cuba memecah belahkan hubungan baik beliau dengan Ahmad Zahid.

Perdana Menteri berkata, hubungan beliau dengan Ahmad Zahid sentiasa dalam keadaan baik, tidak seperti digembar-gembur pembangkang selama ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here