Pemuda Umno Muar nafi ganggu ceramah MUDA

0
2

PEMUDA Umno Muar menafikan pihaknya menganggu Ceramah Mega Muar anjuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Parit Jawa, malam tadi.

Ketuanya, Mohd Helmy Abd Latif, berkata Pemuda Umno sekeras-kerasnya menolak politik secara provokasi yang disifatkan sebagai budaya tidak sihat dalam politik di negara ini.

“Ramai tanya saya betul atau tidak, Pemuda Umno Muar buat? Saya berani bersumpah, tiada arahan daripada saya selaku Ketua Pemuda Umno Bahagian Muar untuk buat perkara terkutuk ini.

“Saya menentang sekeras-kerasnya. Kami tiada masa untuk ini (provokasi).

“Tidak kira dibayar atau tidak, ini satu budaya tidak sihat dalam politik negara,” katanya menerusi ciapan di Twitternya.

Ceramah mega yang dibarisi kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan MUDA malam tadi diganggu sekumpulan ‘mat motor’.

Gangguan tercetus ketika giliran Presiden MUDA yang juga penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan ucapannya.

Menurut Mohd Helmy, pentas politik harus dirai dengan terbuka dan jadilah manusia yang bermaruah.

“Kita nak lawan, lawan dengan ideologi yang betul. Kita bawa negara ke arah lebih baik,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Twitter Amira Aisya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here