38 mangsa banjir di Langkawi berada di PPS

0
2

SERAMAI 38 orang daripada 10 keluarga mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa, Langkawi, setakat jam 8 pagi ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi Kapt (PA), Ahmad Shahfikri Darus berkata mereka terdiri daripada 19 lelaki dan 13 wanita manakala 4 kanak-kanak lelaki serta bakinya ialah kanak-kanak perempuan.

“PPS ini dibuka lebih kurang pukul 8 malam tadi apabila kawasan rumah mereka sekitar Kampung Atas, Mukim Padang Mat Sirat dinaiki air selepas hujan semalam.

“Bagaimanapun, cuaca pada pagi ini cerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hujan bermula seawal 4 pagi semalam itu turut menyebabkan kawasan di beberapa Mukim di Langkawi termasuk Mukim Ayer Hangat dan Kuah dinaiki air namun tidak melibatkan perpindahan penduduk berikutan air telah surut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here