Sanusi sindir Umno Pulau Pinang

0
2

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyindir Umno Pulau Pinang yang mengeluarkan kenyataan masih mengharapkan PAS bekerjasama dengan parti itu menerusi Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau mempersoalkan kenapa baru sekarang Umno Pulau Pinang mengakui masih memerlukan PAS selepas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan untuk kekal bersama Perikatan Nasional (PN) kelmarin, sekali gus menguburkan hasrat melihat parti itu bekerjasama dengan Umno pada PRU15 ini.

“Lama betoi hangpa main cinggeyy (chingay) langut ataih (pandang atas) semua. Sebelum ni tak pernah bersora (bersuara) pun bab ni.

“Bila orang dah buat keputusan baru nak susun boria nak suruh berpakat. Muzik dah habis baru nak masuk rangkap satu… aaapaaaaraaaa!” sindirnya di Facebook, hari ini.

Terdahulu Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihaknya masih mengharapkan ada solusi terbaik untuk mengembalikan kerjasama MN.

“Di Pulau Pinang ini kita lain, dengan PAS kita sangat rapat dan kemesraan itu dapat dilihat daripada ahli akar umbi sehinggalah pimpinan negeri.

“Malah sehingga sekarang Umno dan PAS di sini masih berbincang mengenai kerjasama MN di peringkat negeri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here