‘Kalau saya tahu, tak adalah saya bimbang’ – KJ

0
3

PENYANDANG Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengakui masih tidak tahu kerusi mana yang bakal ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Kesihatan itu juga mengakui bimbang dengan situasi semasa itu berikutan belum tahu kedudukannya pada PRU15 walaupun Parlimen telah dibubarkan.

“Kalau saya tahu, tak adalah saya bimbang,” katanya yang menyandang kerusi Parlimen Rembau selama tiga penggal sejak 2008.

Bekas Ketua Pemuda Umno itu berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau sudah tahu kerusi mana akan ditandinginya pada PRU15 nanti, lapor Berita Harian.

Khairy yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Rembau turut menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Umno untuk menentukan kedudukanya dalam PRU15.

Sebelum ini Khairy mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau selepas diminta memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berhasrat bertanding di kerusi tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here