MB Perak dititah menghadap Sultan Nazrin Shah

0
4

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dititahkan untuk menghadap Sultan Nazrin Shah hari ini.

Saarani memaklumkan demikian kepada media selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 1444H/ 2022M di Ipoh hari ini.

“Tidak pasti apa tujuan (menghadap)… tunggu sehingga Istana buat pengumuman,” katanya memetik laporan Bernama.

Majlis menghadap dikatakan berlangsung tengah hari ini di Istana Kinta.

Rabu lalu, Saarani menghadap Sultan Nazrin Shah dan mempersembahkan warkah permohonan pembubaran DUN kepada Sultan Perak.

Menurut Saarani, warkah permohonan pembubaran itu dibuat selaras Fasal 2 Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Saarani turut menyembah maklum mengenai pengumuman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober, serta syor supaya ketua kerajaan negeri mengambil tindakan untuk membubarkan DUN bagi membolehkan PRU15 diadakan serentak.

Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Saarani Mohamad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here