‘FaceShamming’: Hannah biadap! – Zahida

0
2

TINDAKAN Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang berjenaka berkenaan wajah Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Suraya Yaacob disifatkan sebagai perbuatan biadap.

Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan, berkata sikap biadap yang dipamer pemimpin DAP itu menerusi ciapan di Twitternya, tidak mencerminkan beliau sebagai seorang bekas menteri yang pernah menerajui kementerian wanita.

“BiaDAP! ‘FaceShamming’ daripada seorang berpangkat YB (Yang Berhormat), juga bekas Timbalan Menteri Kerajaan PH (Pakatan Harapan).

“Biarlah berbeza idologi politik, namun tindakan mengaibkan lebih-lebih lagi sesama wanita adalah satu tindakan yang amat menjijikkan.

“Mohon pengundi hukum dengan tidak beri undi kepada parti YB ini pada PRU15 tak lama lagi,” katanya di Facebook, hari ini.

Zahida membidas Hannah kerana melakukan ciapan jelik berbentuk ‘face shamming’ di Twitter dengan berjenaka perihal wajah Suraya dan Datin Rosmah Mansor.

“Sekilas pandang, saya fikir itu adalah Rosmah dan tertanya-tanya apa yang dia lakukan di Kedah,” ciap Hannah di Twitter.

Semalam, Suraya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang meletakkan jawatan sebagai EXCO Kedah berkuatkuasa serta-merta. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here