Bayi 10 bulan maut dirogol bapa kandung

0
2

[DUNIA] SEORANG bayi perempuan berusia 10 bulan maut selepas diperkosa bapanya di Montgomery, Amerika Syarikat.

Bapa kanak-kanak terbabit, Austin Stevens, 29, merupakan jurulatih bola sepak remaja telah ditahan.

Peguam Daerah Montgomery County, Kevin Steele, berkata kes itu sangat-sangat memberi kesan kepada penduduk tempatan.

“Sukar untuk membayangkan kematian kanak-kanak ini, ia menjadi lebih trauma. Serangan seksual terhadap bayi adalah keji.

“Ia diburukkan lagi apabila tiada langsung usaha daripada bapanya untuk menyelamatkan nyawa anaknya sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Steele menambah, selain kes ini, Stevens bakal berdepan beberapa pertuduhan yang akan menyebabkan dia dihukum penjara seumur hidup.

Anggota perubatan yang cuba menyelamatkan mangsa berkata, setibanya di lokasi, bayi itu sedang memakai lampin yang dipenuhi dengan darah.

Walaubagaimanapun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Laporan autopsi menunjukkan bayi itu diserang secara seksual selain hentakan benda keras di kepalanya.

Penyiasat turut meneliti sejarah carian internet pada telefon Stevens.

Mereka mendapati dia sempat mencari jawapan kepada persoalan di ‘Google’ termasuklah “bagaimana mengenal pasti bayi sudah mati”, “jika bayi berhenti bernafas”, “bagaimana jika anda tidak mendengar degupan jantung bayi” dan “bayi saya tidak bernafas”. -Malaysiapost