King Zlatan ‘kalahkan’ Covid-19

0
2

KEPUTUSAN dua ujian saringan Covid-19 pemain AC Milan, Zlatan Ibrahimovic didapati negatif.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh AC Milan, memaklumkan pemain kelahiran Sweden itu telah menjalani dua lagi ujian saringan untuk memastikan dia berada dalam keadaan baik.

“AC Milan mengumumkan Zlatan Ibrahimovic telah didapati negatif untuk dua ujian saringan berturut-turut.

“Pihak kesihatan Bandaraya Milan telah menamatkan tempoh kuarantin beliau, ” kata kenyataan itu menerusi laman web rasmi pasukan.

Susulan daripada kenyataan itu, Ibrahimovic kini sudah bebas dari pandemik itu dan boleh meneruskan aksinya bersama-sama AC Milan dalam masa terdekat.

Sebelum ini ketika didapati positif Covid-19, Ibrahimovic mengatakan yang beliau tidak mengalami sebarang simptom Covid-19 ketika dijangkiti penyakit berbahaya itu.

Namun beliau mengatakan ianya adalah satu tindakan yang silap buat Covid-19 kerana menyerangnya kerana pandemik itu tidak akan berjaya ditewaskannya. – Malaysiapost