Perutusan Khas PM jam 3 petang

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menyampaikan perutusan khas pada jam 3 petang ini.

Perutusan itu dipercayai membabitkan perkembangan politik negara sejurus selepas Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

Desas desus pembubaran Parlimen dikuatkan lagi selepas dilaporkan pengamal media tempatan mulai berkumpul di hadapan pintu-pintu masuk Pejabat Perdana Menteri seawal jam 8 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini situasi politik tanah air.

Semalam, Ismail Sabri dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, di Istana Negara yang dipercayai berkaitan dengan mendapat perkenan baginda berhubung pembubaran Parlimen.

Kunjungan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak diketahui media yang biasanya berkumpul di luar pintu utama istana.

Yang di-Pertuan Agong berangkat ke London, malam tadi bagi mengadakan lawatan khas ke United Kingdom yang bermula hari ini hingga 16 Oktober. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here