Genting terima pelepasan cukai RM4.8 bilion ketika era PH – Lokman Adam

0
2

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam mendedahkan pengecualian cukai yang diberikan kerajaan kepada Genting Malaysia Bhd (Genting) bernilai RM4.8 bilion.

Beliau berkata, pengecualian bayaran cukai tersebut membabitkan pembelian kapal mewah Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Katanya, terdapat sesi rundingan antara bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan pihak Genting ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

“Pada 2014 Genting telah mohon pelepasan cukai pada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak. Namun ketika itu kerajaan Malaysia enggan beri pelepasan cukai berkenaan.

“Akibat dari kenggan itu, Genting telah menyaman kerajaan Malaysia. Pada 2019 setelah kerajaan diambil alih PH diyakini oleh Pasukan Petugas Khas ada rundingan dengan antara kerajaan Malaysia dengan Genting,” katanya dalam video di Facebook.

Sebelum ini, media melaporkan kapal mewah milik Jho Low, akan dijual kepada Genting ataupun Syarikat Tujuan Khas (SPV) miliknya pada harga AS$126 juta (RM514 juta).

Tommy dilaporkan berkata keputusan terbabit dibuat selepas Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur hari ini memberikan kelulusan menerima tawaran untuk membeli Equanimity daripada Genting atas Terma-terma dan Syarat-syarat Syerif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here