PH Johor siap siaga hadapi PRU15

0
2

PAKATAN Harapan (PH) Johor sudah bersiapsiaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Namun, PH Johor menzahirkan rasa kecewa terhadap khabar angin atau spekulasi berkaitan pembubaran Parlimen yang sedang bertiup kencang, ketika ini.

PH Johor berkata, ini kerana negara sedang berhadapan kebarangkalian musim tengkujuh yang boleh menyebabkan banjir di banyak lokasi termasuklah Johor.

“Perkara ini telah pun diramalkan berdasarkan fakta, data dan sains menerusi kajian Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Mengulangi pendirian, PH Johor sekali lagi menegaskan bahawa keutamaan kita pada ketika ini ialah mempersiapkan diri bagi menghadapi kebarangkalian besar risiko banjir, bukan sibuk membincangkan soal kuasa dan pilihan raya,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pengerusi PH Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan tiga Timbalan Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan, Syed Ibrahim Syed Noh dan Liew Chin Tong

Dalam pada itu, PH Johor berkata, pihaknya akan tetap mempersiapkan jentera parti untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran dan perlaksanaan pilihan raya di sebalik fokus berdepan musim tengkujuh.

“PH Johor akan tetap bersiap siaga sekiranya Parlimen dibubarkan bila-bila masa dari sekarang,” katanya.

Semalam, New Straits Times (NST) melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, tengah hari tadi semalam mempunyai kaitan mengenai hal pembubaran Parlimen.

Memetik sumber, pembubaran Parlimen berkemungkinan besar dijangka akan diadakan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here